About KETURUNAN SUKU SANGGUM
Please sign in to see more. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan izin dan kurniaNya Karnival Sanggum 2008 telah diadakan dengan meria pada 5 & 6 Jun 2008, Bertempat di Kg.Baru Selaud, Tuaran dimana anak kepada Sanggum yang bernama Konsoling berkahwin dengan Lim Ah Ting atau lebih dikenali dengan nama Kating. Hasil perkahwinan itu maka lahirlah cucu Sanggum yang diberi nama Johnny @ Hj. Johari dan Elim @ Siti Hajar.
Tidak diduga sama sekali karnival tahun ini mendapat sambutan yang sangat baik. Ramai sanak saudara dari Telupid, Kelawat, Nabalu dan dari daerah-daerah lain yang hadir pada hari tersebut. Ada yang baru 4 hari melahirkan anak tetapi sanggup hadir bersama-sama pada hari itu.Saya rasa dan nampak semangat persaudaraan suku Sanggum semakin erat hingga ke generasi bawah sekali.
Walau bagaimana pun oleh kerana masa tidak mengizinkan tidak semua saudara dapat berkenalan dengan lebih rapat dan mungkin juga program hiburan terlalu padat hingga masa untuk mengenali satu dengan yang lain tiada kesempatan.
Setelah diamati adalah lebih baik banyakkan berenteraksi dengan tetamu atau jemputan agar dapat mengenali lebih rapat lagi dan insyaallah di masa akan datang saya cadangkan agar satu borang maklumat seperti nama, alamat, no. telefon dan anak-anak hendaklah di isi oleh setiap suku Sanggum yang telah berkeluarga. Maklumat tersebut dikumpul dan dibukukan untuk rujukan bersama dari semasa kesemasa.
Kepada Pak Cik Assoi Madaun ribuan terima kasih kerana usaha pak cik untuk mencari waris-waris saudara-saudara yang tidak mengenali antara satu dengan yang lain telah pun berjumpa dan berkenalan. Ramai lagi keluarga yang belum ditemui harapan kita semua agar setiap orang dari keturunan keluarga kita dapat kita jumpa dan rapatkan hubungan.
Kepada semua keturunan Sanggum sila kongsi bersama maklumat dan pandangan anda mengenai family tree Sanggum ini.
Tel : 088791059 (rumah ) 0168319028 ( Mobile ) E mail :yusof5663@yahoo.com
|